Pakar Oftalmologi Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Dr Ng Kwang Sheng memeriksa tahap kesihatan mata pesakitnya menggunakan alat ujian mata bagi mengenal pasti masalah juling atau strabismus di HPUSM.
Lebih 300 murid sekolah rendah di Kelantan dikesan mengalami pelbagai masalah mata termasuk juling dan mata malas menerusi kempen saringan kesihatan yang dijalankan HPUSM di beberapa sekolah di negeri ini sejak tiga tahun lepas.