PANTUN bukan sekadar seni berbalas kata atau warisan yang diwarisi turun-temurun. Di tangan generasi muda, seni berkenaan turut berpotensi menjadi medium untuk menyampaikan mesej kesihatan mental dengan cara yang lebih dekat dengan masyarakat.

Pendekatan itu diketengahkan menerusi Pertandingan Pantun antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) TEPAKK 2026 yang membawa tema Kesenian Penyembuh Jiwa, sekali gus menggabungkan elemen seni, pendidikan dan kesedaran kesihatan mental.

Menurut kenyataan, pertandingan akhir itu menghimpunkan 18 pasukan daripada sembilan IPT, termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM).

No Image Caption

- Advertisement / Iklan -

"Selain, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM).

Katanya, menerusi pertandingan itu, pantun menjadi ruang untuk mahasiswa mengasah kreativiti, kemahiran berbahasa dan keberanian menyampaikan pandangan melalui seni tradisional yang masih relevan dalam kehidupan hari ini.

- Advertisement / Iklan -

"Penganjuran TEPAKK 2026 turut merangkumi pertandingan penulisan pantun terbuka yang berlangsung dari 1 hingga 30 Oktober, memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai usaha menghidupkan seni berkenaan.

No Image Caption

"Pendekatan mengangkat pantun sebagai medium kesedaran kesihatan mental memperlihatkan bagaimana seni tradisional boleh terus dimanfaatkan untuk menyampaikan mesej penting kepada generasi muda, tanpa mengetepikan nilai budaya yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat," katanya.

Tambahnya, usaha seperti ini juga membuka ruang untuk mahasiswa melihat seni bukan hanya sebagai warisan untuk dipelihara, tetapi sebagai medium komunikasi yang boleh menghubungkan isu semasa dengan kehidupan masyarakat.