NIAT asal sekadar singgah makan tengah hari bertukar menjadi rezeki yang tidak disangka-sangka apabila seorang pengunjung berjaya membawa pulang hadiah selepas menyertai pertandingan sempena program Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM di Restoran Hakim, Seksyen 7, pada Ahad.

Muhamad Khairul Rohaizat, 26, berkata, dia tidak merancang untuk menyertai pertandingan tersebut, sebaliknya tertarik melihat kemeriahan suasana ketika singgah menikmati makan tengah hari selepas tamat bekerja.

Antara acara yang mencuri perhatian ialah Gelecek Bola MANTAP redONE Mobile yang menguji kemahiran mengawal bola
Antara acara yang mencuri perhatian ialah Gelecek Bola MANTAP redONE Mobile yang menguji kemahiran mengawal bola

"Saya sebenarnya baru habis kerja dan singgah nak makan nasi goreng Pattaya sahaja. Lepas nampak ramai orang berkumpul, saya jadi tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

- Advertisement / Iklan -

"Bila tahu ada pertandingan, saya terus cuba nasib. Alhamdulillah, bukan sahaja seronok, malah dapat bawa balik hadiah. Memang tak sangka langsung," katanya sambil ketawa.

Menurutnya, pengalaman itu menjadi antara kenangan manis kerana dapat menyertai program yang santai, menyeronokkan dan memberi peluang kepada orang ramai mencuba sesuatu yang baharu.

- Advertisement / Iklan -

Acara Gelecek Bola MANTAP redONE Mobile kategori terbuka.
Acara Gelecek Bola MANTAP redONE Mobile kategori terbuka.

"Saya memang gembira dengan program hari ini. Terima kasih kepada redONE Mobile dan Sinar Harian kerana menganjurkan aktiviti seperti ini. Harap akan ada lagi program sebegini pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, sambutan luar jangkaan diterima menerusi pertandingan yang dianjurkan sepanjang program apabila ruang pertandingan dipenuhi peserta daripada pelbagai peringkat umur yang tampil mempamerkan kemahiran, kreativiti dan keyakinan masing-masing.

Semua pemenang membawa pulang wang tunai serta barangan eksklusif tajaan penganjur.
Semua pemenang membawa pulang wang tunai serta barangan eksklusif tajaan penganjur.

Antara acara yang mencuri perhatian ialah Gelecek Bola MANTAP redONE Mobile yang menguji kemahiran mengawal bola, selain Ulasan Bola Pro redONE Mobile yang memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman menjadi pengulas sukan.

Peserta pertandingan Gelecek Bola MANTAP redONE Mobile bersaing mempamerkan kawalan bola, kelincahan serta kreativiti, manakala peserta Ulasan Bola Pro redONE Mobile pula dinilai berdasarkan gaya penyampaian, penguasaan bahasa dan kemampuan menghidupkan suasana perlawanan seperti pengulas profesional.

Semua pemenang membawa pulang wang tunai serta barangan eksklusif tajaan penganjur.