Isu Logo UM: KPT mahu rundingan jadi jalan penyelesaian
- Advertisement / Iklan -
Zambry mahu isu penggunaan identiti universiti diselesaikan melalui perbincangan antara pihak universiti dan pelajar
ISU melibatkan Universiti Malaya (UM) dan sebuah pertubuhan pelajar berhubung penggunaan logo universiti itu disaran diselesaikan melalui pendekatan yang lebih konstruktif dan berhemah.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, perkara berkaitan penggunaan identiti atau logo universiti yang berpotensi menimbulkan kekeliruan atau melanggar prosedur sepatutnya ditangani terlebih dahulu melalui perbincangan antara pihak universiti dan pelajar.
Menurut beliau, pendekatan dialog dan rundingan lebih selari dengan semangat ekosistem universiti yang menitikberatkan keterbukaan, pendidikan serta pembangunan kepimpinan mahasiswa.
“Saya mengikuti perkembangan terkini yang melibatkan isu surat tuntutan (LOD) yang dihantar oleh UM kepada sebuah pertubuhan pelajar berkaitan penggunaan logo UM.
- Advertisement / Iklan -
"Pendekatan dialog dan rundingan adalah lebih selari dengan semangat ekosistem universiti yang berteraskan keterbukaan, pendidikan serta pembangunan kepimpinan mahasiswa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau menegaskan, perkara sebegini tidak seharusnya dipanjangkan sehingga ke peringkat tindakan undang-undang sekiranya masih terdapat ruang untuk penyelesaian secara baik antara kedua-dua pihak.
- Advertisement / Iklan -
Dalam masa sama, beliau mengingatkan bahawa mana-mana persatuan atau gerakan pelajar yang aktif, sama ada berdaftar secara rasmi dengan universiti atau sebaliknya, perlu sentiasa menghormati peraturan serta garis panduan yang ditetapkan oleh pihak universiti, khususnya dalam hal yang melibatkan penggunaan nama, logo dan identiti institusi.
Tambahnya, sekiranya terdapat persatuan yang tidak berdaftar, pihak universiti juga boleh mengambil pendekatan yang lebih mendidik dengan memanggil wakil kumpulan berkenaan dan memberikan panduan yang sewajarnya.
Beliau berharap pihak UM dapat mengambil langkah lebih proaktif dan konsultatif dalam menangani isu tersebut, manakala pihak pelajar pula digesa mendekati perkara itu dengan sikap terbuka serta semangat untuk mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan bersama.
Sebelum ini, portal berita tempatan melaporkan bahawa Liga Mahasiswa Universiti Malaya (LMUM) mendakwa mengalami intimidasi selepas menerima notis undang-undang yang menuntut mereka menghentikan penggunaan nama universiti berkenaan, memandangkan kumpulan itu masih belum didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan pelajar.
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity