Jantung kecil, semangat Besar! USM lancar 'Healing 100 Hearts 2026'
- Advertisement / Iklan -
Dr Shaiful Bahari (tengah) bersama tenaga kerja HPUSM pada Majlis Pelancaran Kempen Healing 100 Hearts 2026, pada Selasa.
USM & YJKM bersatu hati bantu 100 kanak-kanak di Pantai Timur jalani rawatan jantung kongenital, pastikan mereka boleh tersenyum dan membesar macam kanak-kanak lain
SETIAP bayi lahir dengan harapan untuk hidup sihat, tapi bagi sebahagian kanak-kanak di Pantai Timur, mereka perlu berjuang dari hari pertama kerana masalah jantung kongenital.
Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) ambil langkah untuk membantu 100 kanak-kanak melalui kempen Healing 100 Hearts 2026.
Menurut Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Dr Shaiful Bahari Ismail, kempen ini hasil kerjasama dengan Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YJKM).
Setiap tahun, hampir 300 bayi di Pantai Timur lahir dengan masalah jantung kongenital, dan mereka perlukan rawatan untuk membesar macam kanak-kanak lain.
- Advertisement / Iklan -
“Melalui kempen ni, YJKM akan menaja rawatan sehingga RM3,000 bagi setiap kes yang layak. Harapannya, kekangan duit tak jadi halangan untuk anak-anak ni dapat rawatan yang mereka perlukan,” kata Dr Shaiful.
HPUSM menawarkan pelbagai rawatan, daripada kardiologi pediatrik hingga pembedahan jantung kongenital yang kompleks.
- Advertisement / Iklan -
Sejak Januari 2024, 14 kanak-kanak dah dapat manfaat rawatan bernilai RM42,000 hasil tajaan YJKM dan untuk tahun ini, mereka sasarkan 100 kanak-kanak dengan dana RM300,000, dan setakat ini RM30,000 berjaya dikumpul.
Dr Shaiful berkata, Healing 100 Hearts bukan sekadar kempen kutip dana, ia lambang keprihatinan dan solidariti masyarakat untuk pastikan setiap kanak-kanak lahir dengan jantung kongenital berpeluang hidup lebih baik.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="TVET: Ilmu, kemahiran dan peluang sepanjang zaman"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap usaha menambah ilmu dan kemahiran mampu membuka peluang yang lebih besar untuk masa depan. 
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #HariTerbukaCIAST2026 #TVETMalaysia #BakalPendidik #KemahiranUntukMasaDepan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-16T07:27:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bfgHY1gCFhCYJ5dE6/x120"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xag31wi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"></script>