Makmal MRID UPNM, teknologi masa depan di kampus
- Advertisement / Iklan -
Makmal MRID bernilai RM4.1 juta di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia menggabungkan Teknologi AI, IoT dan robotik bagi memperkukuh penyelidikan pertahanan serta pembangunan bakat teknologi negara
UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju pendidikan pertahanan berteraskan teknologi apabila Makmal Revolusi Industri Digital (MRID) bernilai RM4.1 juta dirasmikan baru-baru ini.
Makmal yang dibangunkan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu dirasmikan oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi Ahmad.
Kemudahan berteknologi tinggi itu menggabungkan pelbagai elemen Revolusi Industri 4.0 seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT), Collaborative Robot (COBOT), Autonomous Mobile Robot (AMMR) serta teknologi Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR).
Malah, makmal berkenaan turut dilengkapi komputer riba berprestasi tinggi yang menggunakan cip grafik RTX 5080 bagi menyokong pembangunan ekosistem teknologi digital yang lebih maju.
- Advertisement / Iklan -
UPNM berkata, keupayaan teknologi ini membuka ruang besar kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk simulasi latihan ketenteraan serta pembangunan kandungan digital bagi penyelenggaraan aset strategik negara seperti pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kereta kebal dan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Inisiatif tersebut juga selari dengan pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dalam memperkukuh keupayaan teknologi pertahanan tempatan.
- Advertisement / Iklan -
Selain dimanfaatkan oleh pelajar dan penyelidik UPNM, makmal MRID turut menjadi platform kolaboratif yang menghubungkan pihak industri pertahanan, agensi keselamatan serta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dalam masa sama, makmal itu turut membuka peluang kepada komuniti luar termasuk pelajar sekolah menerusi pelbagai inisiatif STEM serta program pemerkasaan teknologi seperti IoT Smart Farming.
Perasmian MRID sekali gus menyerlahkan peranan UPNM sebagai satu-satunya universiti pertahanan negara yang bukan sahaja melahirkan graduan berkemahiran tinggi, malah turut menyumbang kepada pembangunan kapasiti teknologi strategik Malaysia dalam landskap keselamatan dan digital yang semakin mencabar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="TVET: Ilmu, kemahiran dan peluang sepanjang zaman"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap usaha menambah ilmu dan kemahiran mampu membuka peluang yang lebih besar untuk masa depan. 
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #HariTerbukaCIAST2026 #TVETMalaysia #BakalPendidik #KemahiranUntukMasaDepan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-16T07:27:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bfgHY1gCFhCYJ5dE6/x120"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xag31wi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"></script>