Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama selepas menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13 yang bertemakan Pendidikan Masa Depan Negara dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya.
Turut sama, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Presiden Akademi Sains Malaysia Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen.