Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, berkenan melancarkan tagline baharu UniMAP iaitu “UniMAP: Universiti Premier Teknikal” pada Majlis Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2025 di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.
Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat, kiri); anakanda baginda, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail (dua, kiri), yang juga Pro Canselor UniMAP; dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Zaliman Sauli (kiri).