MPP UMPSA mohon maaf kesilapan istilah keagamaan

- Advertisement / Iklan -
Poster ucapan takziah dikemas kini, MPP komited tingkatkan ketelitian penerbitan rasmi bagi mengelak kesilapan berulang

MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memohon maaf berhubung kesilapan penggunaan istilah keagamaan dalam poster ucapan takziah yang diterbitkan baru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Adam Al-Wafiy Muhammad Zailani berkata, pihaknya mengambil maklum dan mengakui kekhilafan berhubung kesilapan tersebut.

“MPP-UMPSA mengambil maklum dan mengakui kekhilafan berhubung kesilapan penggunaan istilah keagamaan dalam poster ucapan takziah yang telah diterbitkan baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, permohonan maaf itu ditujukan kepada ahli keluarga mendiang, rakan-rakan, seluruh warga UMPSA serta semua pihak yang terkesan.

- Advertisement / Iklan -

Katanya, pihak MPP UMPSA telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengemas kini poster berkenaan dan sedang berusaha melaksanakan pembetulan teknikal terhadap penerbitan poster di platform Facebook.

Dalam pada itu, beliau berkata, MPP UMPSA komited untuk mempertingkatkan ketelitian dalam proses penyediaan dan penyemakan bahan penerbitan rasmi, khususnya yang melibatkan sensitiviti agama, kaum dan kepercayaan.

- Advertisement / Iklan -

“Pihak kami komited untuk memastikan kesilapan yang sama tidak berulang,” katanya.