Keputusan kes pelajar didakwa cemar al-Quran minggu depan – UMPSA
- Advertisement / Iklan -
Yatimah
KES tatatertib yang dijalankan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terhadap pelajar didakwa mencemar al-Quran akan diputuskan pada minggu depan.
Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias berkata, keputusan itu akan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.
"Proses tatatertib dijalankan mengikut Kaedah 58 Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib pelajar) 2024 yang boleh dihukum sehingga dibuang daripada universiti, jika sabit kesalahan," katanya.
Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas Program Kolaborasi UMPSA Bersama Media dan Majlis Berbuka Puasa pada Rabu.
- Advertisement / Iklan -
Penuntut berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial bulan lepas. 
Bagaimanapun, S. Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit. - Bernama
- Advertisement / Iklan -
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="TVET: Ilmu, kemahiran dan peluang sepanjang zaman"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap usaha menambah ilmu dan kemahiran mampu membuka peluang yang lebih besar untuk masa depan. 
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #HariTerbukaCIAST2026 #TVETMalaysia #BakalPendidik #KemahiranUntukMasaDepan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-16T07:27:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bfgHY1gCFhCYJ5dE6/x120"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xag31wi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"></script>