1,000 Jalur Gemilang semarak kemerdekaan USM

- Advertisement / Iklan -
Warga universiti bersatu langkah menerusi program jalan laju sempena Hari Kemerdekaan USM Ke-69

PUSAT Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan USM Ke-69 menerusi penyertaan dalam Program Jalan Laju 1,000 Jalur Gemilang USM 2026, baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan USM, program anjuran Pejabat Pendaftar USM itu menghimpunkan warga universiti daripada pelbagai jabatan dan pusat tanggungjawab, termasuk pensyarah serta kakitangan sokongan.

"Program berkenaan bukan sahaja menggalakkan warga universiti mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga USM," kata kenyataan itu.

- Advertisement / Iklan -

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed turut hadir menyertai program tersebut bersama warga universiti.

Penyertaan PPPJJ dalam program itu mencerminkan komitmen pusat pengajian berkenaan terhadap agenda universiti dalam memperkukuh kesejahteraan warga, perpaduan dan pembudayaan gaya hidup sihat.

- Advertisement / Iklan -

Dalam pada itu, PPPJJ merakamkan penghargaan kepada Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff serta jawatankuasa penganjur dan warga universiti yang menjayakan program berkenaan.

Program Jalan Laju 1000 Jalur Gemilang USM 2026 merupakan antara inisiatif yang menggabungkan aktiviti fizikal dengan usaha memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti.