70 tahun bina legasi, FBM UiTM kini miliki 280,000 alumni

- Advertisement / Iklan -
Shafinar (tengah) menyampaikan surat lantikan rasmi kepada Rosli (kanan) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-70 FBM UiTM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Fakulti terbesar UiTM terus memperkukuh jaringan alumni, kerjasama industri dan komitmen melahirkan graduan berdaya saing sempena sambutan ulang tahun ke-7Tujuh dekad bukan sekadar angka buat Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FBM), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sepanjang tempoh itu, fakulti ini telah melahirkan ratusan ribu graduan yang kini mewarnai dunia korporat, keusahawanan, sektor awam dan pelbagai industri di dalam serta luar negara. Sempena sambutan ulang tahun ke-70 penubuhannya, FBM terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara fakulti terbesar di Malaysia dengan rangkaian kira-kira 280,000 alumni, bersamaan hampir 20 peratus daripada keseluruhan lebih sejuta alumni UiTM. Presiden Persatuan Alumni FBM UiTM, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, angka tersebut membuktikan peranan besar fakulti itu dalam membentuk modal insan yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negara. "FBM bukan sahaja melahirkan graduan, malah membina komuniti profesional yang terus menyumbang kepada pembangunan negara dalam pelbagai sektor. "Setiap tahun pula, fakulti ini menerima antara 10,000 hingga 13,000 pelajar baharu, iaitu kira-kira satu perlima daripada keseluruhan pengambilan pelajar UiTM," katanya ketika Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-70 FBM UiTM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Beliau berkata, sehingga kini UiTM mempunyai kira-kira 190,000 pelajar aktif, sekali gus memperlihatkan peranan universiti itu sebagai institusi pendidikan tinggi terbesar negara. Menurut Rosthman, kekuatan sebenar FBM bukan hanya terletak pada jumlah alumninya, tetapi kejayaan mereka membawa nama universiti dalam bidang profesional, keusahawanan, pengurusan, kewangan dan kepimpinan. Sementara itu, Dekan FBM UiTM, Profesor Dr Shafinar Ismail berkata, sambutan ulang tahun ke-70 bukan sekadar meraikan sejarah penubuhan fakulti, sebaliknya menjadi platform memperkukuh hubungan antara universiti, alumni dan rakan industri. Katanya, kerjasama strategik bersama industri amat penting bagi memastikan kurikulum, penyelidikan dan inovasi yang dibangunkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa. "Alumni merupakan antara kekuatan terbesar fakulti. Mereka bukan sahaja menjadi inspirasi kepada pelajar, malah memainkan peranan penting melalui program mentor, latihan industri, peluang pekerjaan, penyelidikan dan pembangunan kurikulum. "Hubungan erat antara universiti dan industri inilah yang akan memastikan graduan terus relevan serta bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan," katanya. Beliau turut mengajak lebih ramai alumni untuk kembali menyumbang kepada alma mater melalui perkongsian kepakaran, jaringan profesional serta pembangunan pelajar. Pada majlis sama, Sinar Harian turut diumumkan sebagai media rasmi sambutan ulang tahun ke-70 FBM UiTM. Surat lantikan disampaikan kepada Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin yang diwakili Ketua Jabatan Komersial, Pemasaran dan Komuniti Sinar Harian, Rosli Ahmad. Rosli berkata, pihaknya komited memberikan liputan menyeluruh terhadap pelbagai program yang akan berlangsung sepanjang sambutan berkenaan agar legasi serta pencapaian FBM UiTM dapat dikongsi kepada masyarakat. Sambutan ulang tahun ke-70 itu dijangka menghimpunkan warga fakulti, alumni, pemain industri dan pelbagai pihak berkepentingan dalam meraikan perjalanan panjang FBM sebagai antara institusi peneraju pendidikan perniagaan negara yang terus melahirkan pemimpin, usahawan dan profesional untuk masa depan.

TUJUH dekad bukan sekadar angka buat Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FBM), Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sepanjang tempoh itu, fakulti ini telah melahirkan ratusan ribu graduan yang kini mewarnai dunia korporat, keusahawanan, sektor awam dan pelbagai industri di dalam serta luar negara.

Sempena sambutan ulang tahun ke-70 penubuhannya, FBM terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara fakulti terbesar di Malaysia dengan rangkaian kira-kira 280,000 alumni, bersamaan hampir 20 peratus daripada keseluruhan lebih sejuta alumni UiTM.

Presiden Persatuan Alumni FBM UiTM, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, angka tersebut membuktikan peranan besar fakulti itu dalam membentuk modal insan yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negara.

- Advertisement / Iklan -

"FBM bukan sahaja melahirkan graduan, malah membina komuniti profesional yang terus menyumbang kepada pembangunan negara dalam pelbagai sektor.

"Setiap tahun pula, fakulti ini menerima antara 10,000 hingga 13,000 pelajar baharu, iaitu kira-kira satu perlima daripada keseluruhan pengambilan pelajar UiTM," katanya ketika Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-70 FBM UiTM di sebuah hotel di ibu negara.

- Advertisement / Iklan -

Beliau berkata, sehingga kini UiTM mempunyai kira-kira 190,000 pelajar aktif, sekali gus memperlihatkan peranan universiti itu sebagai institusi pendidikan tinggi terbesar negara.

Menurut Rosthman, kekuatan sebenar FBM bukan hanya terletak pada jumlah alumninya, tetapi kejayaan mereka membawa nama universiti dalam bidang profesional, keusahawanan, pengurusan, kewangan dan kepimpinan.

Sementara itu, Dekan FBM UiTM, Profesor Dr Shafinar Ismail berkata, sambutan ulang tahun ke-70 bukan sekadar meraikan sejarah penubuhan fakulti, sebaliknya menjadi platform memperkukuh hubungan antara universiti, alumni dan rakan industri.

Katanya, kerjasama strategik bersama industri amat penting bagi memastikan kurikulum, penyelidikan dan inovasi yang dibangunkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa.

"Alumni merupakan antara kekuatan terbesar fakulti. Mereka bukan sahaja menjadi inspirasi kepada pelajar, malah memainkan peranan penting melalui program mentor, latihan industri, peluang pekerjaan, penyelidikan dan pembangunan kurikulum.

"Hubungan erat antara universiti dan industri inilah yang akan memastikan graduan terus relevan serta bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan," katanya.

Beliau turut mengajak lebih ramai alumni untuk kembali menyumbang kepada alma mater melalui perkongsian kepakaran, jaringan profesional serta pembangunan pelajar.

Pada majlis sama, Sinar Harian turut diumumkan sebagai media rasmi sambutan ulang tahun ke-70 FBM UiTM dan Surat lantikan disampaikan kepada Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin yang diwakili Ketua Jabatan Komersial, Pemasaran dan Komuniti Sinar Harian, Rosli Ahmad.

Rosli berkata, pihaknya komited memberikan liputan menyeluruh terhadap pelbagai program yang akan berlangsung sepanjang sambutan berkenaan agar legasi serta pencapaian FBM UiTM dapat dikongsi kepada masyarakat.