Skill gempak, masa depan mantap
- Advertisement / Iklan -
Pertandingan Kemahiran WorldSkills Malaysia Peringkat Akhir 2026.
Pertandingan WorldSkills Malaysia 2026 dan Hari Terbuka CIAST jadi platform ketengah bakat kemahiran, memperkukuh ekosistem TVET negara
HARI Terbuka Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) 2026 berlangsung meriah apabila menghimpunkan pelajar, pendidik dan pemain industri yang hadir bagi mendekati dunia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pelbagai aktiviti interaktif serta pameran teknologi terkini.
Lebih mencuri perhatian, program berkenaan turut menjadi lokasi berlangsungnya Pertandingan Kemahiran WorldSkills Malaysia Peringkat Akhir 2026 yang menyaksikan peserta terbaik dari seluruh negara mempamerkan kemahiran dan kepakaran masing-masing dalam pelbagai bidang berteknologi tinggi.
WorldSkills Malaysia menjadi platform penting dalam mengenal pasti serta mengiktiraf bakat terbaik negara yang berpotensi mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.
Pertandingan itu menghimpunkan peserta terbaik daripada institusi latihan kemahiran dan TVET seluruh negara yang bersaing untuk membuktikan keupayaan masing-masing mengikut standard industri dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.
- Advertisement / Iklan -
Sebagai pusat latihan dan pembangunan, CIAST turut memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai program persediaan termasuk latihan intensif dan bootcamp bagi membantu peserta meningkatkan kompetensi sebelum menyertai pertandingan.
WorldSkills Malaysia bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform penting dalam mengenal pasti serta mengiktiraf bakat terbaik negara yang berpotensi mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.
- Advertisement / Iklan -
Peserta terbaik dari seluruh negara mempamerkan kemahiran dan kepakaran masing-masing dalam pelbagai bidang berteknologi tinggi.
Pertandingan akhir Worlskills Malaysia melibatkan pelbagai bidang kemahiran seperti bidang penyelesaian perisian teknologi maklumat untuk perniagaan, pentadbiran sistem rangkaian teknologi maklumat, internet kebendaan (IoT).
Juga bidang teknologi automotif, pengendalian dron, pembuatan aditif, dandanan rambut serta terapi kecantikan, teknologi web dan teknologi reka bentuk grafik.
Selain pertandingan tersebut, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan termasuk pameran interaktif, demonstrasi teknologi terkini, sesi perkongsian kerjaya TVET serta lawatan ke fasiliti latihan bertaraf industri.
Peserta terbaik daripada institusi latihan kemahiran dan TVET seluruh negara bersaing untuk membuktikan keupayaan masing-masing.
Program tersebut membuka ruang kepada pelajar daripada institusi TVET awam dan swasta, pendidik serta pemain industri untuk memahami peranan penting TVET dalam menyokong pembangunan ekonomi negara dan memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan.
Selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing global, Hari Terbuka CIAST dan Pertandingan Kemahiran WorldSkills Malaysia 2026 membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh budaya kecemerlangan kemahiran serta memperkasa agenda TVET negara.
Pertandingan Kemahiran WorldSkills Malaysia Peringkat Akhir 2026 .
Platform penting kenal pasti peserta terbaik negara
Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, Pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan bukan sekadar medan persaingan bakat, malah berperanan sebagai platform penting untuk mengenal pasti dan mempersiapkan peserta terbaik negara bagi menghadapi pertandingan berprestij antarabangsa, termasuk WorldSkills Championship.
Khairul Firdaus berkata, penganjuran pertandingan berkenaan menjadi sebahagian daripada usaha strategik kerajaan dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang mampu bersaing di peringkat global.
Khairul Firdaus
Menurut beliau, pertandingan itu juga bertujuan memastikan Malaysia mampu mencapai sasaran membawa pulang pingat emas dalam WorldSkills Championship pada masa akan datang.
"Pertandingan ini diadakan untuk kita mengenal pasti dan mempersiapkan peserta terbaik negara supaya mereka bersedia menghadapi WorldSkills Championship. Sasaran kita adalah untuk memastikan Malaysia mampu mencatatkan pencapaian cemerlang dan membawa pulang pingat emas," katanya.
Hari Terbuka CIAST dan Pertandingan Kemahiran WorldSkills Malaysia Peringkat Akhir 2026 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan (tujuh dari kanan).
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program berkaitan kemahiran dan TVET yang menghimpunkan pelbagai pihak termasuk industri serta agensi berkaitan pembangunan kemahiran.
Selain menjadi platform pencarian bakat, beliau menjelaskan pertandingan tersebut turut memberi peluang kepada kerajaan dan pihak berkepentingan menilai aspek penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam ekosistem TVET negara.
"Melalui pertandingan ini, kita dapat melihat apakah perkara yang perlu diperkukuhkan dari sudut ekosistem TVET bagi memastikan pasukan negara benar-benar bersedia untuk menghadapi pertandingan di peringkat antarabangsa," ujarnya.
Pameran interaktif, demonstrasi teknologi terkini, sesi perkongsian kerjaya TVET serta lawatan ke fasiliti latihan bertaraf industri.
Dalam masa sama, beliau menyifatkan kerjasama erat antara industri dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai faktor penting dalam memastikan setiap pertandingan yang dianjurkan mampu memberikan impak positif kepada pembangunan bakat negara.
Katanya, kolaborasi strategik itu bukan sahaja memberi manfaat kepada kementerian, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan sektor TVET secara keseluruhan.
"Kerjasama antara industri dan Jabatan Pembangunan Kemahiran amat penting bagi memastikan setiap pertandingan yang diadakan benar-benar membawa keberhasilan yang baik, bukan sahaja kepada kementerian tetapi juga kepada industri TVET itu sendiri," katanya.
Mengulas mengenai Hari Terbuka CIAST dan usaha menarik minat golongan belia terhadap bidang TVET, beliau berkata pelbagai pertandingan kemahiran yang dianjurkan mampu menjadi pemangkin kepada penyertaan lebih ramai anak muda.
Menurutnya, pertandingan tersebut membuka ruang kepada belia untuk menonjolkan bakat, mengembangkan potensi diri serta melihat laluan kerjaya yang jelas dalam bidang kemahiran.
Booth Sinar Varsity juga menjadi tumpuan pengunjung Hari Terbuka CIAST 2026.
"Kita mahu belia sedar bahawa apa sahaja kemahiran yang mereka miliki mempunyai platform untuk diketengahkan.
"Pertandingan seperti ini bukan sahaja mengiktiraf bakat mereka, malah menjadi pemangkin untuk mereka menceburi bidang TVET secara lebih serius," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa TVET kini menawarkan pulangan yang tinggi dan prospek kerjaya yang luas, sejajar dengan permintaan tenaga kerja mahir yang semakin meningkat di dalam dan luar negara.
"TVET bukan lagi pilihan kedua. Bidang ini mampu memberikan pulangan yang luar biasa kerana kemahiran yang dimiliki bukan sahaja diperlukan dalam negara, malah mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa," jelas beliau.
Tambahnya, kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan industri bagi memastikan graduan TVET memiliki kemahiran yang memenuhi kehendak pasaran pekerjaan, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran serta peluang memperoleh pekerjaan yang setara dengan tahap kemahiran yang dimiliki.
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity