Teknologi EV jadi tumpuan di Festival TVET@UniMAP 2026
- Advertisement / Iklan -
Program hasil kerjasama UniMAP dan KWT EV Academy dedah pelajar kepada teknologi kenderaan elektrik, peluang kerjaya dan masa depan industri mobiliti hijau
TEKNOLOGI kenderaan elektrik (EV) terus menjadi antara topik yang mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda apabila Program EV Café Talk @ Festival TVET@UniMAP 2026 menghimpunkan pelajar, akademia dan pemain industri untuk berkongsi pandangan mengenai masa depan mobiliti hijau.
Program itu merupakan inisiatif kerjasama antara Pusat TVET Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan KWT EV Academy sempena Festival TVET@UniMAP 2026.
Bertemakan 'Memacu Mobiliti Hijau: Inovasi EV Ke Arah Masa Depan Lestari', program tersebut bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai teknologi EV serta peranannya dalam menyokong pembangunan mampan negara.
Melalui sesi perkongsian yang santai dan interaktif, peserta didedahkan kepada pelbagai aspek berkaitan industri EV termasuk perkembangan teknologi semasa, kelebihan penggunaan kenderaan elektrik, kemudahan infrastruktur pengecasan, peluang kerjaya dan cabaran yang dihadapi dalam proses transformasi sektor pengangkutan negara.
- Advertisement / Iklan -
Program itu turut mendapat sokongan pengurusan tertinggi UniMAP dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir Dr Mohd Shukry Abdul Majid.
- Advertisement / Iklan -
Turut hadir mewakili KWT EV Academy ialah Pengurus Pusat Bertauliah, Anuar Abd Hamid dan Pegawai Khas Unit Pembangunan, Ts Mohd Hafiz A Samad.
Kehadiran wakil akademik dan industri tersebut mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi automotif elektrik.
Selain menjadi platform perkongsian ilmu, EV Café Talk turut membuka ruang dialog antara peserta dan pakar industri menerusi sesi soal jawab yang berlangsung sepanjang program.
Peluang itu membolehkan pelajar mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai potensi teknologi EV, perkembangan industri mobiliti pintar serta kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi perubahan teknologi pada masa hadapan.
Program tersebut juga dilihat mampu meningkatkan minat generasi muda untuk meneroka bidang TVET yang berkaitan dengan teknologi hijau, automotif elektrik dan inovasi.
Penganjuran EV Café Talk selaras dengan aspirasi kerajaan dalam mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi rendah karbon dan penggunaan teknologi mesra alam.
Dalam era Revolusi Industri 4.0, pembangunan ekosistem EV memerlukan kerjasama erat antara institusi pendidikan, industri dan masyarakat bagi memastikan negara mempunyai tenaga kerja yang kompeten serta bersedia menghadapi perubahan teknologi yang pesat.
Secara keseluruhannya, program itu berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta mengenai kepentingan teknologi EV serta peranan mobiliti lestari dalam membentuk masa depan yang lebih hijau dan mampan.
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity