UPSI perkasa pelancongan komuniti digital menerusi ICDT 2.0
- Advertisement / Iklan -
Ahli Kembara Van Pink (KVP) bersama artis jemputan, Zaki Yamani yang turut membantu mempromosikan inisiatif pelancongan komuniti Pulau Pangkor melalui platform TikTok rasmi KVP.
USAHA memperkasakan pelancongan komuniti melalui teknologi digital terus diperkukuh apabila Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Mini Showcase Impact Digital Community Tourism (ICDT) 2.0 bertemakan Moh Kiter Ker Pangkor di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, baru-baru ini.
Program yang dijalankan dengan kerjasama strategik bersama Lays itu menghimpunkan pelajar institusi pengajian tinggi, komuniti setempat dan pelbagai pihak berkepentingan bagi meneroka potensi pelancongan komuniti menerusi pendekatan pemasaran digital dan inovasi teknologi.
Lebih menarik, penganjuran ICDT 2.0 turut digabungkan dengan Pertandingan Inovasi Produk STEM (EXIST) yang menampilkan pelbagai hasil kreativiti dan inovasi peserta dalam bidang teknologi, reka bentuk produk serta pembangunan penyelesaian komuniti.
Gabungan kedua-dua program itu berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih holistik dengan mengintegrasikan elemen keusahawanan digital, inovasi STEM dan pembangunan komuniti dalam satu platform.
- Advertisement / Iklan -
Program berkenaan menerima sambutan memberangsangkan apabila menarik kehadiran kira-kira 800 hingga 900 pengunjung yang terdiri daripada pelajar UPSI, warga daerah Mualim dan masyarakat setempat.
Antara pengisian utama ialah sesi penerangan mengenai Kembara Van Pink (KVP), sebuah inisiatif pelancongan komuniti yang memanfaatkan platform digital bagi mempromosikan destinasi pelancongan dan potensi ekonomi di Pulau Pangkor.
- Advertisement / Iklan -
Pensyarah Kanan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi UPSI yang juga mentor KVP, Dr Mohd Fadhil Harfiez berkata, program itu turut menyaksikan pelancaran rasmi akaun TikTok dan Facebook Kembara Van Pink sebagai medium baharu untuk memperluaskan capaian promosi pelancongan komuniti.
Menurut beliau, penggunaan platform digital kini menjadi keperluan penting bukan sahaja sebagai medium promosi, malah mampu meningkatkan keterlihatan produk komuniti serta memperkukuh daya saing industri pelancongan tempatan.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan, Zaki Yamani dan Nazu yang berjaya menarik perhatian pengunjung khususnya golongan belia dan mahasiswa.
Dalam masa sama, ICDT 2.0 turut memberi pendedahan praktikal kepada pelajar dalam aspek pengurusan program, pemasaran digital dan pembangunan komuniti. Penglibatan secara langsung dalam penganjuran program membolehkan mereka memperoleh pengalaman sebenar sebagai usahawan digital selain meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan penyelesaian masalah.
Komuniti Pulau Pangkor pula menerima manfaat menerusi promosi pelancongan yang lebih sistematik dan meluas, sekali gus berpotensi meningkatkan ekonomi setempat.
Malah, program tersebut berjaya menarik hampir 80 peserta baharu, membuktikan keberkesanan strategi pemasaran digital dalam mempromosikan sektor pelancongan komuniti dan ekonomi kreatif.
Pengetua Kolej Harun Aminurrashid dalam ucapannya turut menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan, komuniti dan industri bagi melahirkan generasi muda yang inovatif, kompetitif dan berdaya saing.
Secara keseluruhannya, Mini Showcase ICDT 2.0 berjaya mencapai objektif penganjurannya sebagai platform yang menghubungkan pendidikan, teknologi dan komuniti dalam memperkasa pelancongan digital serta pembangunan inovasi berasaskan STEM.
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity