RM3 juta untuk kebajikan penuntut UniSZA sesi 2025/2026
- Advertisement / Iklan -
UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyalurkan bantuan sebanyak RM3 juta kepada hampir 2,000 penuntut bagi sesi akademik 2025/2026.
Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Fadzli Adam berkata, sumbangan diberi dalam pelbagai bentuk termasuk tajaan, biasiswa, dermasiswa, kebajikan dan program pembangunan mahasiswa.
Beliau berkata, dana bantuan itu diperoleh melalui kerjasama erat dengan pelbagai pihak termasuk syarikat korporat, yayasan pendidikan, institusi kewangan dan rakan strategik lain.
"Program Dapo@MAIDAM mencatatkan jumlah penerima tertinggi, iaitu 700 penuntut dengan peruntukan sebanyak RM703,500 manakala Program Dermasiswa memberi manfaat kepada 500 mahasiswa melalui agihan baucar makanan e-kupon berjumlah RM250,000.
- Advertisement / Iklan -
"Selain itu program Job on Campus yang dilaksanakan melalui Tabung Kebajikan Perlindungan Mahasiswa (TKPM) memberi peluang kepada 599 penuntut menjana pendapatan sampingan sambil menimba pengalaman kerja sepanjang tempoh pengajian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Fadzli berkata pemberian pelbagai bantuan itu selari dengan dasar dan agenda kerajaan MADANI bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan mahasiswa diberi keutamaan serta terus terpelihara. - Bernama
- Advertisement / Iklan -
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="TVET: Ilmu, kemahiran dan peluang sepanjang zaman"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap usaha menambah ilmu dan kemahiran mampu membuka peluang yang lebih besar untuk masa depan. 
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #HariTerbukaCIAST2026 #TVETMalaysia #BakalPendidik #KemahiranUntukMasaDepan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-16T07:27:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bfgHY1gCFhCYJ5dE6/x120"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xag31wi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"></script>