Pentas SUKIPT 2026 jadi medan atlet IPT menyerlah, perbaharui rekod
- Advertisement / Iklan -
Mohd Nor Azman (tengah) bergambar bersama maskot Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) dan tiga piala utama SUKIPT selepas merasmikan Majlis Pelancaran SUKIPT 2026 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada Selasa.
Penyertaan atlet IPT bertaraf elit dilihat mampu jadikan temasya sukan mahasiswa itu medan melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi ke pentas antarabangsa
KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) optimis lebih banyak rekod kebangsaan mampu diperbaharui pada temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 susulan penyertaan atlet institusi pengajian tinggi (IPT) berprestasi tinggi yang semakin memberangsangkan.
Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Dr Hanafiah Ayub berkata, SUKIPT bukan sekadar medan persaingan antara IPT, malah menjadi platform penting untuk atlet mahasiswa mengasah prestasi sebelum melangkah ke kejohanan lebih besar di peringkat antarabangsa.
Menurutnya, kehadiran atlet berkualiti tinggi dalam temasya itu memberi keyakinan bahawa lebih banyak rekod kebangsaan mampu diperbaharui, khususnya dalam acara seperti olahraga.
“Kita mahu lihat lebih banyak rekod kebangsaan dipecahkan. Atlet-atlet IPT ini juga sedang membuat persediaan ke kejohanan besar seperti Sukan Asia, jadi SUKIPT menjadi platform terbaik untuk mereka menyerlahkan potensi,” katanya selepas Majlis Pelancaran SUKIPT 2026 di Universiti Malaya pada Selasa.
- Advertisement / Iklan -
Mengulas mengenai persiapan venue pertandingan, beliau berkata, hampir 80 peratus fasiliti yang digunakan sepanjang SUKIPT 2026 melibatkan kemudahan di kampus UM.
Hanafiah berkata, beberapa kemudahan turut dinaik taraf bagi memastikan temasya berjalan lancar dengan sokongan penuh pihak pengurusan universiti.
- Advertisement / Iklan -
“Bagi acara yang tidak mempunyai fasiliti di UM seperti hoki, boling dan golf, kita akan menggunakan venue berhampiran termasuk gelanggang hoki di Lembah Pantai dan padang golf di UKM,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Dr Mohd Nor Azman Hassan dalam ucapan pelancaran berkata, SUKIPT 2026 turut dilihat sebagai pentas penting dalam persiapan menghadapi Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 yang dijadual berlangsung Disember depan di Shah Alam, Kuala Lumpur, Serdang dan Bangi.
Menurut beliau, edisi ketujuh SUKIPT itu dijangka menjadi medan melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi menerusi penyertaan atlet IPT bertaraf antarabangsa sepanjang temasya berlangsung di UM bermula 28 Ogos hingga 6 September depan.
“SUKIPT 2026 akan terus menjadi platform untuk atlet IPT mengekalkan prestasi terbaik sebelum bersaing di kejohanan antarabangsa seperti AUG, Sukan Universiti Asia, Sukan Universiti Dunia, Sukan SEA, Sukan Asia dan Olimpik,” katanya.
Sebanyak 30 acara akan dipertandingkan dengan tawaran 251 pingat emas membabitkan penyertaan 65 kontinjen, lebih 6,000 atlet, 2,500 pegawai serta lebih 600 sukarelawan di 23 venue pertandingan.
Dalam pada itu, KPT turut mengekalkan insentif kecemerlangan buat atlet SUKIPT termasuk ganjaran RM3,000 kepada Olahragawan dan Olahragawati SUKIPT, RM7,000 kepada pasukan terbaik lelaki dan wanita serta RM20,000 kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan.
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity