KPT dapatkan maklumat lanjut daripada UM isu adegan teater
- Advertisement / Iklan -
Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir, bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Naik Taraf Perpustakaan Digital University of Cyberjaya (UoC).
KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan kurang sopan dalam sebuah persembahan teater yang tular di media sosial, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
"Tadi saya tengok ada dalam media sosial (laporan mengenai isu itu). Saya akan dapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak UM," katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Naik Taraf Perpustakaan Digital University of Cyberjaya (UoC) pada Khamis.
Satu persembahan teater didakwa berlaku di UM menjadi tular apabila ia memaparkan adegan kurang sopan dan mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Terdahulu, UM dalam satu kenyataan memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan menyatakan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan ditetapkan.
- Advertisement / Iklan -
Menurut UM, hasil penelitian mendapati adegan dipertontonkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan ditetapkan.
Berdasarkan syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) UM, setiap persembahan perlu bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya dan nama baik universiti. - Bernama
- Advertisement / Iklan -
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="TVET: Ilmu, kemahiran dan peluang sepanjang zaman"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap usaha menambah ilmu dan kemahiran mampu membuka peluang yang lebih besar untuk masa depan. 
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #HariTerbukaCIAST2026 #TVETMalaysia #BakalPendidik #KemahiranUntukMasaDepan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-16T07:27:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bfgHY1gCFhCYJ5dE6/x120"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xag31wi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"></script>