Isu teater tular: UM tidak kompromi pelanggaran garis panduan
- Advertisement / Iklan -
Universiti Malaya sahkan adegan tidak ikut skrip asal, persembahan disingkir daripada penilaian
UNIVERSITI Malaya (UM) tampil memberikan penjelasan rasmi susulan isu tular melibatkan adegan dalam sebuah persembahan teater yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Menurut kenyataan itu, pihak universiti memandang serius perkara berkenaan serta mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan oleh orang ramai.
UM menjelaskan bahawa berdasarkan syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER), setiap persembahan perlu bebas daripada unsur negatif, provokasi atau kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti.
Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan, sekali gus jelas melanggar syarat pertandingan yang ditetapkan.
- Advertisement / Iklan -
Sehubungan itu, pihak universiti turut memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul dalam kalangan masyarakat.
UM turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan yang telah ditetapkan.
- Advertisement / Iklan -
"Sebagai tindakan lanjut, persembahan berkenaan telah diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai, manakala langkah susulan sedang dilaksanakan bagi memperkukuh pemantauan agar insiden sama tidak berulang pada masa akan datang," menurut kenyataan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="TVET: Ilmu, kemahiran dan peluang sepanjang zaman"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap usaha menambah ilmu dan kemahiran mampu membuka peluang yang lebih besar untuk masa depan. 
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #HariTerbukaCIAST2026 #TVETMalaysia #BakalPendidik #KemahiranUntukMasaDepan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-16T07:27:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bfgHY1gCFhCYJ5dE6/x120"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xag31wi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"></script>