UPNM: IPT benteng utama perangi rasuah
- Advertisement / Iklan -
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
INISIATIF Pelan Antirasuah Nasional membuktikan institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai benteng pertama dalam memerangi gejala rasuah di negara ini.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam kenyataan memaklumkan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) iaitu kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang diwajibkan di seluruh IPT serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah instrumen kritikal dalam melahirkan generasi celik integriti.
"Melalui modul komprehensif yang merangkumi perundangan utama seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, KIAR membentuk generasi muda yang memahami, menolak dan membenci rasuah dalam segenap aspek kehidupan, selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional," menurut kenyataan itu.
Menurut UPNM, impak pedagogi itu bukan diukur dalam tempoh satu penggal tetapi dalam setiap keputusan yang dibuat oleh graduan sepanjang kerjaya mereka.
- Advertisement / Iklan -
"UPNM mengambil maklum perbincangan awam berhubung isu integriti di IPT negara. UPNM berpandangan bahawa generalisasi"IPT lubuk rasuah" terhadap semua IPT perlu ditangani dengan fakta, bukan prejudis," menurut kenyataan itu pada Isnin.
Kenyataan itu juga memaklumkan universiti berkenaan tidak berkompromi dalam hal tadbir urus dan sentiasa terbuka kepada penambahbaikan sistem bagi menutup sebarang ruang penyelewengan.
- Advertisement / Iklan -
"Usaha membanteras rasuah adalah perjuangan bersama yang memerlukan komitmen pelbagai pihak merangkumi institusi, individu dan masyarakat," menurut kenyataan itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="TVET: Ilmu, kemahiran dan peluang sepanjang zaman"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap usaha menambah ilmu dan kemahiran mampu membuka peluang yang lebih besar untuk masa depan. 
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #HariTerbukaCIAST2026 #TVETMalaysia #BakalPendidik #KemahiranUntukMasaDepan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-16T07:27:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bfgHY1gCFhCYJ5dE6/x120"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xag31wi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"></script>