'Study' di Hungary? 40 biasiswa ditawarkan setiap tahun!
- Advertisement / Iklan -
Foto Facebook KPT
USAHA memperkasa diplomasi pendidikan antarabangsa terus jadi fokus utama KPT dalam melahirkan bakat Malaysia yang mampu bersaing di peringkat global
USAHA memperkasa diplomasi pendidikan antarabangsa terus menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam melahirkan bakat Malaysia yang mampu bersaing di peringkat global.
Langkah itu diteruskan menerusi sesi kunjungan hormat oleh Duta Besar Hungary ke Malaysia, TYT Dr. Sándor Sipos kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Putrajaya, bagi membincangkan hala tuju kerjasama akademik antara kedua-dua negara.
Hasil pertemuan tersebut, KPT secara rasmi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan biasiswa Provision of the Stipendium Hungaricum Scholarships bagi tempoh 2026 hingga 2028.
Dokumen perjanjian itu telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim bersama TYT Dr. Sándor Sipos yang mewakili Kerajaan Hungary.
- Advertisement / Iklan -
Kerjasama ini membuka peluang kepada rakyat Malaysia apabila sebanyak 40 biasiswa penuh ditawarkan setiap tahun untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di Hungary bermula 2026.
Lebih menarik, pakej biasiswa ini meliputi yuran pengajian penuh, elaun sara hidup, kemudahan penginapan serta perlindungan insurans kesihatan sepanjang tempoh pengajian.
- Advertisement / Iklan -
Program ini juga mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar tempatan apabila sebelum ini mencatatkan kira-kira 350 permohonan bagi merebut 40 tempat yang ditawarkan.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program global Kerajaan Hungary yang menyediakan sekitar 12,000 biasiswa setiap tahun kepada pelajar dari pelbagai negara rakan diplomatik.
Pada masa sama, kerjasama ini bukan sekadar membuka peluang mobiliti pelajar, malah menjadi jambatan yang menghubungkan komuniti serta institusi pendidikan tinggi antara Malaysia dan Hungary ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="TVET: Ilmu, kemahiran dan peluang sepanjang zaman"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap usaha menambah ilmu dan kemahiran mampu membuka peluang yang lebih besar untuk masa depan. 
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #HariTerbukaCIAST2026 #TVETMalaysia #BakalPendidik #KemahiranUntukMasaDepan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-16T07:27:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bfgHY1gCFhCYJ5dE6/x120"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xag31wi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"></script>