Jangan lepaskan peluang mohon Tajaan Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi Selangor
- Advertisement / Iklan -
Jabatan Agama Islam Selangor mempelawa lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2025 memohon Tajaan Pendidikan Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi Selangor di Universiti Islam Selangor.
JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Bahagian Pendidikan Islam mempelawa pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Selangor (UIS) memohon Tajaan Pendidikan Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi Selangor.
JAIS dalam hantaran di media sosial memaklumkan tajaan berkenaan merangkumi bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Multimedia + Diploma Pendidikan Pasca Siswazah; Ijazah Sarjana Muda Bahasa Al-Quran + Diploma Pendidikan Pasca Siswazah; dan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang Undang.
Permohonan terbuka kepada calon STAM yang memperoleh pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik), dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu, lulus Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya gred B dalam Bahasa Arab.
"Semua pelajar yang ditaja akan mendapat manfaat Kursus Intensif Bahasa Arab anjuran Islamic Educational Science and Cultural Organization (ICESCO) di luar negara selama tiga bulan," menurut hantaran itu.
- Advertisement / Iklan -
Tarikh permohonan adalah dari 4 April hingga 22 Mei bagi pengambilan pertama dan 3 Ogos hingga 5 Okt bagi pengambilan kedua, melalui laman sesawang https://epengajiantinggi.jais.gov.my/. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="TVET: Ilmu, kemahiran dan peluang sepanjang zaman"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap usaha menambah ilmu dan kemahiran mampu membuka peluang yang lebih besar untuk masa depan. 
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #HariTerbukaCIAST2026 #TVETMalaysia #BakalPendidik #KemahiranUntukMasaDepan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-16T07:27:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bfgHY1gCFhCYJ5dE6/x120"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xag31wi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"></script>