Misi Hospital UTAR dari rawatan integratif ke hospital pengajar
- Advertisement / Iklan -
HOSPITAL Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) terus memperkukuh peranan sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan berasaskan perubatan integratif dengan menggabungkan rawatan moden serta Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM), sekali gus menyasarkan menjadi hospital pengajar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Pengerusi Lembaga Hospital UTAR, Prof Emeritus Tan Sri Dr Chuah Hean Teik berkata, pendekatan integratif yang dilaksanakan bukan sekadar pelengkap, malah menuju ke arah penyepaduan sepenuhnya antara rawatan moden dengan T&CM, selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata, sejak ditubuhkan empat tahun lepas, unit T&CM hospital berkenaan telah merekodkan lebih 167,000 lawatan pesakit, bukan sahaja dari Kampar, tetapi juga dari kawasan lain termasuk Cameron Highlands di Pahang, dan Kelantan.
"Perkhidmatan T&CM di sini merangkumi bukan sahaja perubatan tradisional Cina, tetapi turut melibatkan Ayurveda dari India dan perubatan tradisional Melayu.
- Advertisement / Iklan -
"Ia menjadikan hospital ini unik dalam menawarkan pelbagai pendekatan rawatan secara menyeluruh, khususnya dalam perubatan tradisional yang turut menjadi sebahagian daripada penjagaan kesihatan integratif," katanya pada sidang media majlis Hari Kesihatan Sedunia 2026 Hospital UTAR Sempena Sambutan Ulang Tahun Keempat Pusat Perubatan T&CM UTAR pada Khamis.
Sambutan berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang berkenan mengadakan lawatan ke hospital berkenaan.
- Advertisement / Iklan -
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching.
Hean Teik berkata, hospital berkenaan turut memperluas kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk ortopedik dan pediatrik, selain memperkenalkan waktu operasi fleksibel pada waktu malam dan hujung minggu bagi memenuhi keperluan pesakit luar kawasan.
"Matlamat kami adalah untuk menyediakan akses kepada rawatan kesihatan berkualiti pada kos berpatutan, di samping tidak menolak pesakit yang tidak mampu melalui inisiatif seperti Care Now, Pay Later.
"Selain perkhidmatan klinikal, hospital kami turut aktif dalam penyelidikan dengan kerjasama institusi tempatan dan antarabangsa termasuk universiti di China, India dan Singapura, khususnya dalam menilai keberkesanan gabungan rawatan fisioterapi dan T&CM," katanya.
Dalam usaha memperkukuh latihan dan pendidikan, Hean Teik berkata, hospital itu telah menerima pelatih dari dalam dan luar negara termasuk China, Hong Kong dan United Kingdom bagi program penempatan klinikal T&CM.
"Ketika ini, kami telah memulakan kursus latihan jangka pendek Ayurveda dengan sokongan kerajaan India dan merancang untuk memperkenalkan program ijazah dalam bidang itu pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata, hospital berkenaan kini dalam proses memperoleh kemudahan imbasan PET digital pertama di Perak bagi meningkatkan keupayaan pengesanan penyakit kanser dengan pendedahan radiasi yang lebih rendah.
"Hospital UTAR berhasrat menjadi model rujukan nasional dalam pelaksanaan perubatan integratif, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sistem kesihatan yang lebih inklusif dan mampan di Malaysia," katanya. - Bernama
Penuntut disaran terus menuntut ilmu, saling bekerjasama dan tidak bersendirian dalam menghadapi cabaran pembelajaran hingga ke akhir hayat.
Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
Like, share & komen sebab di sini suara korang memang penting! Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity