TVET Julai 2026 dibuka: 15,000 peluang menanti lepasan SPM
- Advertisement / Iklan -
Permohonan UP_TVET Perdana kini dibuka hingga 8 Mei, tawar laluan kerjaya stabil dengan kebolehpasaran graduan cecah 95.1%
PERMOHONAN untuk mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi UP_TVET Perdana ambilan Julai 2026 mula dibuka hingga 8 Mei ini.
Sekretariat Majlis TVET Negara (MTVET) dalam kenyataan, memaklumkan lebih 15,000 tempat ditawarkan di 106 institusi TVET di bawah lima kementerian, iaitu Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Kenyataan itu memaklumkan proses pemilihan termasuk sesi temu duga bagi kursus tertentu akan berlangsung pada 4 hingga 8 Mei, diikuti keputusan permohonan pada 11 hingga 22 Mei.
Sekretariat itu memaklumkan peluang menyambung pengajian dalam TVET turut terbuka sepanjang tahun melalui UP_TVET Flexi, yang menawarkan kursus jangka panjang dan pendek secara lebih fleksibel, sesuai bagi individu yang ingin meningkatkan kemahiran atau meneroka bidang kerjaya baharu.
- Advertisement / Iklan -
Menurut kenyataan itu, dalam konteks pendidikan dan kerjaya yang semakin dinamik, TVET menjadi pilihan strategik yang semakin mendapat pengiktirafan dan keyakinan masyarakat.
Sehingga kini, kadar kebolehpasaran graduan TVET telah mencapai 95.1 peratus, membuktikan keupayaan TVET dalam menyediakan laluan kerjaya yang stabil dan berdaya saing.
- Advertisement / Iklan -
"Trend semasa menunjukkan peningkatan ketara apabila 53.56 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf memilih laluan TVET mencerminkan perubahan positif terhadap pendidikan berasaskan kemahiran di negara ini,” menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, layari https://mohon.tvet.gov.my. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mobula 'teman pintar'di ruang kerja"><meta itemprop="description" content="Pereka Mobula Smart Workspace Companion, Muhammad Amel Feryal Rini Fauzan membangunkan produk pintar yang menggunakan pencahayaan suasana sebagai peringatan kepada pengguna supaya menjaga postur ketika bekerja tanpa mengganggu tumpuan mereka.
Beliau berharap bidang Industrial Design terus diketengahkan kerana peranannya yang dekat dengan kehidupan seharian, serta menyeru pelajar yang ingin menceburi bidang itu supaya tidak berputus asa dan sentiasa memberikan yang terbaik.
Kalau feed korang masih kosong dan bosan, jom follow kami dapatkan cerita kampus, aktiviti pelajar, tips berguna, hiburan dan content yang confirm relate dengan kehidupan student. 
Jangan sekadar scroll, join sekali vibe kampus paling real bersama Sinar Varsity!
Portal: https://www.sinarvarsity.my/
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #MobulaSmartWorkspaceCompanion #UiTM #IndustrialDesign"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-14T03:29:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P216S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=xaxl0dq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxl0dq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="xaxl0dq"></script>