Panas terik, IPTA ada opsyen kelas online
- Advertisement / Iklan -
KPT benarkan universiti buat keputusan sendiri ikut keadaan cuaca di kampus
INSTITUSI pendidikan tinggi awam (IPTA) dibenarkan mengambil langkah sendiri dalam menghadapi situasi cuaca panas berterusan, termasuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata meskipun setakat ini belum ada rungutan pihak universiti mengenai cuaca kemarau, namun kementerian mengambil langkah yang fleksibel dan memberi kebebasan kepada pihak universiti untuk membuat keputusan sendiri.
"Ini kerana keadaan (cuaca) di setiap kampus agak berbeza. Jadi, pihak pengurusan universiti boleh mengambil langkah-langkah sendiri untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian.
"Sebagai contoh dahulu semasa penularan pandemik COVID-19 dan juga pada musim banjir, pihak universiti membuat keputusan (sendiri) untuk membenarkan pelajar-pelajar mengambil kursus (pembelajaran) mereka dalam talian… tetapi ia hanya melibatkan kurikulum yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal,” katanya.
- Advertisement / Iklan -
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Sembang Santai Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Mahasiswa di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Selasa.
MetMalaysia sebelum ini memaklumkan fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah. 
- Advertisement / Iklan -
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="TVET: Ilmu, kemahiran dan peluang sepanjang zaman"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap usaha menambah ilmu dan kemahiran mampu membuka peluang yang lebih besar untuk masa depan. 
Beliau turut menegaskan bahawa TVET merupakan laluan pembangunan bakat yang relevan serta boleh dimanfaatkan sepanjang zaman selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.
? Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!
❤️ Like, share & komen sebab di sini suara ?️ korang memang penting! ? Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity
#sinarvarsity #HariTerbukaCIAST2026 #TVETMalaysia #BakalPendidik #KemahiranUntukMasaDepan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-16T07:27:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/bfgHY1gCFhCYJ5dE6/x120"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.html?video=kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xag31wi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ja7c.js" data-video="kkhm0vFD0UPV5WGKsjE"></script>