UPNM hantar 37 sukarelawan bantu Penduduk Pangkor

- Advertisement / Iklan -

SERAMAI 37 sukarelawan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) turun padang membantu penduduk yang terkesan akibat banjir menerusi kerja-kerja pembersihan dan pemulihan rumah di Kampung Cina, Pangkor, Perak, pada Ahad.

Menurut kenyataan UPNM, misi kemanusiaan itu melibatkan pelajar dan staf universiti berkenaan yang bergerak dari Kuala Lumpur seawal jam 5 pagi bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk setempat.

Misi itu memberi tumpuan kepada usaha membersihkan dan memulihkan beberapa buah rumah kediaman yang terjejas akibat banjir.

- Advertisement / Iklan -

Penglibatan sukarelawan UPNM itu bertujuan meringankan beban penduduk yang sedang berusaha memulihkan keadaan kediaman masing-masing selepas bencana.

- Advertisement / Iklan -