Belanjawan 2027: RM800 juta demi kebajikan penuntut – Zambry

- Advertisement / Iklan -
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (tengah) menyampaikan bantuan kepada pelajar ketika hadir merasmikan Program Bantuan Pendidikan Bersasar Institut Pengajian Tinggi di Dewan Mohd Anwar, TEVTMARA.

PERUNTUKAN diterima Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan dan keselesaan penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) terus diberikan keutamaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, daripada peruntukan RM19.1 bilion itu, RM800 juta adalah bagi menampung keperluan prasarana di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Dana yang diperuntukkan meningkat sebanyak 2.7 peratus berbanding sebelum ini. Kita akan digunakan khusus bagi kerja membaik pulih dan menaik taraf bangunan fakulti serta tempat penginapan penuntut di seluruh negara," katanya selepas merasmikan Program Bantuan Pendidikan Bersasar IPT, pada Ahad.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bercakap kepada media ketika hadir merasmikan Program Bantuan Pendidikan Bersasar Institut Pengajian Tinggi di Dewan Mohd Anwar, TEVTMARA.

- Advertisement / Iklan -

Peruntukan RM800 juta untuk membaik pulih prasarana usang di IPTA itu termasuk bilik kuliah, kediaman mahasiswa dan peralatan pembelajaran.

Pada pembentangan Belanjawan 2027 Jumaat lepas, KPT menerima peruntukan RM19.1 bilion, meningkat RM500 juta berbanding RM18.6 bilion pada 2026.

- Advertisement / Iklan -

Sementara itu, Zambry berkata, pengenalan Akta Satu Pendidikan Tinggi (OHEA) yang menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bertujuan menyelaraskan pelbagai peruntukan yang sebelum ini berbeza mengikut universiti, sekali gus menghapuskan pelbagai kekangan dihadapi mahasiswa.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (tengah) menyampaikan bantuan kepada pelajar ketika hadir merasmikan Program Bantuan Pendidikan Bersasar Institut Pengajian Tinggi di Dewan Mohd Anwar, TEVTMARA.

Beliau berkata, pihaknya sedang dalam proses meneliti pengenalan akta baharu itu dari semua sudut sebelum perlaksanaannya diumumkan dalam masa terdekat.

"Proses itu akan ada (mengambil) sedikit masa, tapi tumpuan utama kita ialah untuk pastikan supaya segala peruntukan yang berkaitan dengan penuntut yang mengekang dan sebagainya dihentikan.

"Ini membolehkan mahasiswa menikmati kebebasan yang lebih luas selaras dengan aspirasi pembaharuan pendidikan tinggi negara, terutamanya dalam aspek kebebasan bersuara, perhimpunan aman, serta penyataan pandangan di kampus," katanya. - Bernama