Angkat suara pesawah, karya Norfatihah curi tumpuan juri BMS29

- Advertisement / Iklan -
Hasil karya bagi Anugerah Utama Bakat Muda Sezaman (BMS29) ?Unharvested Futures: Voices of The Field? menyerlah dari segi kekuatan idea, selain berjaya memberikan impak menyeluruh terhadap komuniti setempat menerusi pendekatan yang dekat dengan kehidupan, persekitaran dan suara masyarakat tempatan di Pulau Tuba, Langkawi.
Karya 'Unharvested Futures: Voices Of The Field menang anugerah utama bakat muda Balai Seni Negara

KARYA anak jati Batu Pahat, Johor bertajuk Unharvested Futures: Voices of The Field dipilih sebagai pemenang Anugerah Utama Pertandingan Bakat Muda Sezaman Edisi ke-29 (BMS29) di Balai Seni Negara.

Karya Norfatihah Yusof, 31, yang mengetengahkan budaya penanaman padi di Pulau Tuba, di sini yang semakin terhakis dan isu persekitaran serta suara masyarakat tempatan, berjaya menarik perhatian panel juri sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai RM40,000 berserta sijil penghargaan.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Seni Halus daripada Universiti Sains Malaysia (USM) menerima anugerah itu dalam keadaan berkerusi roda susulan kecederaan akibat kemalangan semasa dalam perjalanan untuk membuat persiapan akhir pameran yang berlangsung di kawasan sawah padi di Pulau Tuba.

Beliau yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang seni halus berkata, idea menghasilkan karya mengenai kehidupan masyarakat pesawah di Pulau Tuba tercetus selepas beberapa kali menjalankan kajian di pulau itu.

- Advertisement / Iklan -

"Ini pencapaian besar dalam perjalanan kerjaya saya sebagai pengkarya seni. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada penduduk kampung Pulau Tuba serta rakan artis lain yang turut merealisasikan karya masing-masing walaupun berhadapan pelbagai cabaran,” katanya ketika ditemui.

Karya anak jati Batu Pahat, Johor, bertajuk ?Unharvested Futures: Voices of The Field? dipilih sebagai pemenang Anugerah Utama Pertandingan Bakat Muda Sezaman Edisi ke-29 (BMS29) di Balai Seni Negara.

- Advertisement / Iklan -

Selain anugerah utama, empat anugerah juri diterima Aiman Yusri Mohamad Yusoff, Khairul Ehsani Sapari, Muhammad Ismail Rahim serta duo pengkarya Lim Xiao Mun dan Helmi Azam Tajul Urus dengan setiap penerima membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta sijil penghargaan.

Sembilan penerima Anugerah Harapan pula masing-masing menerima wang tunai RM1,000 berserta sijil penghargaan.

Panel juri BMS29 terdiri daripada Kurator dan Ketua Pengarah Echigo-Tsumari Art Triennale, Jepun Fram Kitagawa; Pensyarah Institut Teknologi Bandung, Indonesia Dr Agung Hujatnikajennong dan Timbalan Pengarah Institut Seni Kreatif dan Teknologi (iCreaTe) Universiti Malaysia Sarawak Dr Mohamad Faizuan Mat.

Karya Norfatihah Yusof, 31, yang mengetengahkan budaya penanaman padi di Pulau Tuba, di sini yang semakin terhakis dan isu persekitaran serta suara masyarakat tempatan, berjaya menarik perhatian panel juri.

BMS29 tampil dengan pendekatan 'Lokasi Spesifik' atau site-specific, dengan Langkawi dipilih sebagai latar utama pengkaryaan bagi memberi ruang kepada peserta menghasilkan karya yang berakar daripada sejarah, budaya, ekologi dan naratif masyarakat setempat.

Penganjuran pameran karya itu turut mendapat sokongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), The Riyaz Lavanya Langkawi dan Bon Ton Locale serta kerjasama beberapa agensi, rakan strategik, pihak swasta dan komuniti setempat termasuk penduduk Pulau Tuba.

Sebanyak 21 penyertaan akhir dengan 16 karya dipamerkan di beberapa lokasi sekitar Langkawi termasuk Taman Lagenda, Hospital Lama Kuah dan Bendang Padi Pulau Tuba yang melibatkan pelbagai medium seperti instalasi, media campuran, digital, persembahan dan interaktif.

Pameran karya BMS29 dibuka kepada orang awam sehingga 26 Julai. - Bernama