Semua calon 10A SPM 2025 dijamin tempat matrikulasi

- Advertisement / Iklan -
Gambar hiasan.
Kementerian Pendidikan memaklumkan 6,717 calon SPM 2025 yang memperoleh 10A ke atas akan ditawarkan tempat ke Program Matrikulasi sesi 2026/2027.

KEMENTERIAN Pendidikan memaklumkan seramai 6,717 calon yang memperoleh keputusan 10A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2025 akan ditawarkan tempat ke Program Matrikulasi bagi sesi 2026/2027.

Menurut kenyataan itu, tawaran automatik itu diberikan kepada semua calon yang memohon tanpa mengira kaum dan latar belakang

Pada masa sama, kuota kemasukan 90 peratus Bumiputera ke program berkenaan kekal dan tidak terjejas.