Kolej Komuniti Ampang terus memperkasa bidang teknologi telekomunikasi dan teknologi mudah alih selaras dengan keperluan serta aspirasi negara. Pengarahnya, Syahman Samsudin @ Murad, berkata strategi kolej adalah mudah iaitu fokus, banyak berlatih dan terus berusaha dalam bidang yang diminati.

Menurutnya, meskipun berskala kecil, Kolej Komuniti Ampang membuka peluang kepada lebih ramai anak muda untuk membina kemahiran serta kerjaya dalam bidang teknologi.

Kalau feed korang masih kosong dan bosan, jom follow kami dapatkan cerita kampus, aktiviti pelajar, tips berguna, hiburan dan content yang confirm relate dengan kehidupan student.

Jangan sekadar scroll, join sekali vibe kampus paling real bersama Sinar Varsity!

- Advertisement / Iklan -