MOOD Raya belum habis! Kolej UNIKOP Cyberjaya terus menghidupkan suasana Aidilfitri menerusi penganjuran Rumah Terbuka 2026 yang meriah dengan kehadiran pelbagai tetamu.

Lebih daripada sekadar makan-makan, majlis ini jadi ruang santai untuk eratkan hubungan antara komuniti, industri dan warga pendidikan.

Majlis yang berlangsung dengan penuh kemesraan ini telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi KOPEC merangkap Pengerusi KPDRM, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid bersama isteri, Datin Seri Selmiah Tuan Ibrahim serta Pengarah Eksekutif Kolej UNIKOP, Datuk Seri Al Farid Abdul Hajis.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KMB, Daniel Wong Abdullah selain wakil-wakil daripada KPRDM dan KMB, pengetua serta kaunselor sekolah, dan rakan-rakan industri serta strategik.

- Advertisement / Iklan -

Lebih daripada sekadar sambutan perayaan, majlis ini turut menjadi platform penting dalam mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi serta sektor industri.

Dalam ucapan alu-aluan, Ketua Pegawai Eksekutif UNIKOP, Datuk Supramaniam menegaskan komitmen institusi dalam membentuk generasi masa depan yang holistik.

- Advertisement / Iklan -

“UNIKOP bukan sekadar institusi pendidikan, tetapi sebuah komuniti yang memupuk impian, membina sahsiah dan melahirkan pemimpin masa hadapan.

"Kejayaan sebenar tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik atau kerjaya, tetapi melalui sumbangan kita kepada masyarakat,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan bagi memeriahkan suasana termasuk pertandingan anyaman ketupat, penghasilan kad Raya gergasi, teka kuih Raya, teka lagu Raya serta pertandingan pakaian dan gerai terbaik.

Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan majlis, malah menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan pelajar dan tetamu.