Universal Music Malaysia (UMMY) dengan kerjasama L.Y. Music Factory dan Faithful Music melancarkan edisi pertama program pencarian bakat Bintang Uni-Verse, satu inisiatif strategik yang menghubungkan industri muzik profesional dengan institusi pengajian tinggi tempatan.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, program itu bukan sekadar membuka ruang kepada pelajar menampilkan bakat nyanyian, malah menyediakan bimbingan serta pendedahan langsung kepada pengalaman industri yang bernilai.

“Ini adalah platform di mana bakat bertemu peluang.

“Hasrat kami adalah untuk memperkukuh jaringan strategik antara universiti awam di Malaysia dengan industri muzik tempatan, selain membina generasi artis seterusnya di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

- Advertisement / Iklan -

Acara pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan artis naungan Universal Music Malaysia seperti Nuha Bahrin, Ismail Izzani dan Mohsein Kush
Acara pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan artis naungan Universal Music Malaysia seperti Nuha Bahrin, Ismail Izzani dan Mohsein Kush

Majlis pelancaran program tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Azlinda Azman, sekali gus menandakan usaha memperkukuh sinergi antara dunia akademik dan industri hiburan tanah air.

- Advertisement / Iklan -

Selain berfungsi sebagai platform pencarian bakat, Bintang Uni-Verse turut menawarkan pengalaman pembelajaran secara langsung dalam ekosistem industri muzik, sekali gus memberi nilai tambah kepada pembangunan pelajar universiti.

Majlis sama turut menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik antara UMMY dan lima universiti terkemuka negara iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai rakan rasmi program.

Sementara itu, Pengarah Kreatif L.Y. Music Factory, L.Y. berkata, Bintang Uni-Verse bukan sekadar sebuah pertandingan, sebaliknya berperanan sebagai jambatan antara proses pembelajaran dan laluan kerjaya sebenar dalam industri muzik.


Acara pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan artis naungan Universal Music Malaysia seperti Nuha Bahrin, Ismail Izzani dan Mohsein Kush.
Acara pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan artis naungan Universal Music Malaysia seperti Nuha Bahrin, Ismail Izzani dan Mohsein Kush.

“Program ini menekankan pemindahan ilmu secara langsung daripada pemain industri kepada pelajar, sekali gus memperkasa generasi profesional muda dengan potensi jangka panjang,” ujarnya.

Acara pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan artis naungan Universal Music Malaysia seperti Nuha Bahrin, Ismail Izzani dan Mohsein Kush yang memberi inspirasi kepada para peserta.

Program Bintang Uni-Verse dijangka membuka laluan kepada bakat muda tempatan untuk mendapat pengiktirafan industri serta peluang mewakili Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa.

Maklumat lanjut berkaitan uji bakat dan jelajah kampus akan diumumkan menerusi platform rasmi Universal Music Malaysia.