Memang padu! Pasukan bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya rangkul gelaran juara Kejohanan Thanh Nien International Student Football Tournament 2026 (THACO Cup) selepas menewaskan tuan rumah, Thuy Loi University, Vietnam menerusi penentuan penalti 7-6.

Aksi final tu memang berdebar habis, dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga wisel penamat.

Gol UKM dijaringkan oleh Afiq Norizan seawal minit ke-25, sebelum perlawanan berlarutan ke penentuan penalti.

Dalam situasi penuh tekanan, barisan pemain UKM seperti Aiyubi Nasarudin, Alif Irfan Norsafidahlan, Haris Zafri Hashim, Akmal Afnan Shahridzan, Amirul Fazly Mohd Zamri, Amir Hazman Hanapiah dan Harith Hizamin M. Dasuki tampil tenang menyempurnakan sepakan masing-masing.

- Advertisement / Iklan -

Hero sebenar? Mestilah penjaga gol, Adam Haris Herman! Aksi cemerlangnya menyelamatkan sepakan penalti terakhir lawan terus ‘lock’ kemenangan buat UKM.

Lebih manis, Adam turut dinobatkan sebagai Player of the Match dan Best Goalkeeper. Sementara itu, Izrin Ibrahim muncul Top Scorer kejohanan dan Amirul Fazly pula diangkat sebagai Most Valuable Player (MVP).

- Advertisement / Iklan -

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Universiti Nha Trang, Vietnam ini jelas membuktikan semangat juang, disiplin dan teamwork padu skuad UKM.

Memang bangga bila nama Malaysia dibawa ke pentas antarabangsa seperti ini!

Tahniah UKM!