Malam Kemuncak Seni 2026: Pentas bakat, jiwa kepimpinan pelajar
MALAM Kemuncak Seni (MKS) 2026 anjuran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bukan sekadar malam persembahan, tetapi menjadi ruang untuk pelajar menyerlahkan bakat seni sambil mengasah kemahiran kepimpinan dalam suasana penuh warna-warni.
Berlangsung di Dewan Al-Jazari, program ini membawa tema “Generasi Muda Penyambung Warisan Bangsa” dan melibatkan kira-kira 150 pelajar PSA serta 40 pelajar jemputan dari politeknik dan kolej komuniti sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.
Menariknya, selepas hampir sedekad penganjuran Kokurikulum Tarian Tradisional di PSA, edisi kali ini menjadi penutup kepada program tersebut sebelum memberi laluan kepada pelaksanaan Program Badan Beruniform pada masa akan datang.
Apa yang lebih mencuri perhatian, keseluruhan program ini digerakkan sendiri oleh pelajar melalui penglibatan aktif kelab seperti Kelab Semarak Seni, Kelab Media PSA dan PSA Young Entrepreneur Club (PYEC).
Ia sekali gus membuktikan keupayaan pelajar TVET dalam mengurus acara berskala besar secara profesional.
Pelbagai persembahan memukau dipentaskan sepanjang malam, termasuk tarian tradisional Melayu seperti zapin, inang, joget dan asli, selain tarian pelbagai kaum yang mencerminkan kepelbagaian budaya.
Tidak ketinggalan, persembahan pantomim “Hikayat Puteri Gunung Ledang” turut mencuri tumpuan dengan kreativiti dan penghayatan yang ditampilkan pelajar.
Menurut pihak pengurusan PSA, program seperti ini memainkan peranan penting dalam membentuk graduan TVET yang seimbang, bukan sahaja dari segi akademik dan kemahiran teknikal.
Sebanyak sembilan (9) anugerah yang diberikan kepada kumpulan yang menyertai MKS adalah seperti berikut;
Kategori Kokurikulum Tarian Tradisional PSA
1. Anugerah Koreofgrafi Terbaik - Tarian Inang
2. Anugerah Busana Terbaik - Tarian Joget
3. Anugerah Persembahan Terbaik – Tarian Melayu Asli
4. Pasukan Tarian Harapan - Tarian Zapin
5. Anugerah Mentor Terbaik - Tarian Melayu Asli
Kategori Jemputan Luar (Politeknik dan Kolej Komuniti)
1. Anugerah Busana Terbaik - Gema Mustika, Politeknik Sultan Idris Shah
2. Anugerah Koreografi Terbaik - Gema Mustika Politekniks Sultan Idris Shah
3. Pasukan Tarian Harapan - Permata Nirmala Sari Politeknik Nilai
4. Anugerah Persembahan Terbaik - Warisan Seni Politeknik Sulltan Azlan Shah
