Raya pasti gembira! 12 pelajar UPNM 'terbang' balik kampung
BAGI sebahagian pelajar, perjalanan pulang menyambut Aidilfitri bukan sekadar membeli tiket, tetapi tentang peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Seramai 12 pelajar UPNM dari Sabah dan Sarawak berpeluang pulang ke kampung halaman melalui Penerbangan Ehsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Kuching, Tawau dan Labuan pada awal pagi Isnin.
Pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM, Kol (B) Prof. Dr. Khairol Amali Ahmad dan para pelajar dijadualkan kembali ke kampus pada 25 Mac depan.
Inisiatif ini dilaksanakan khas untuk menyantuni pelajar berkeperluan serta membantu mengurangkan beban kewangan mereka supaya dapat menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.
- Advertisement / Iklan -
- Advertisement / Iklan -
