Pengarah Institut Seni Kreatif dan Reka Bentuk (ICAD), Universiti UCSI Malaysia, Profesor Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman berkata, pelajar perlu membina branding dan portfolio digital bagi memperkenalkan karya serta membuka peluang di peringkat antarabangsa. 

Pereka juga perlu memanfaatkan kreativiti, teknologi dan AI untuk berkarya serta menjana pendapatan sendiri di samping memahami kepentingan harta intelek (IP) bagi melindungi hasil reka bentuk, katanya ketika ditemui di Industrial Design (IDE) Showcase 2026 V2.0 bertemakan VERTEX yang berlangsung di Auditorium Utama, Kompleks Ilham, FSSR UiTM Shah Alam, lebih 60 hasil inovasi reka bentuk yang dihasilkan 33 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Seni Reka Perindustrian, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dipamerkan, baru-baru ini.

Kalau feed korang masih kosong dan bosan, jom follow kami dapatkan cerita kampus, aktiviti pelajar, tips berguna, hiburan dan content yang confirm relate dengan kehidupan student. 

Jangan sekadar scroll, join sekali vibe kampus paling real bersama Sinar Varsity!

- Advertisement / Iklan -