Empat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi tumpuan Ramadan tahun ini apabila terpilih sebagai imam dalam Program Qari in Residence di United Kingdom, Australia, dan Singapura, satu pengiktirafan antarabangsa terhadap kebolehan akademik dan tahfiz mereka.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata, pencapaian itu membuktikan UPSI mampu melahirkan pelajar tahfiz berkualiti yang diiktiraf di peringkat global, serta menonjolkan potensi institusi pendidikan tempatan dalam memacu ilmu al-Quran.

Pencapaian itu membuktikan UPSI mampu melahirkan pelajar tahfiz berkualiti yang diiktiraf di peringkat global.
Pencapaian itu membuktikan UPSI mampu melahirkan pelajar tahfiz berkualiti yang diiktiraf di peringkat global.

Pelajar terbabit ialah Adib Farhan Baharudin (Oxford Centre for Islamic Studies, UK), Ahmad Al Mustafa Mohd Azmi (Malaysian Hall Perth, Australia), serta Wan Muhammad Irsyad Wan Zulkifli dan Muhd Farhan Hakimi Khairul Aizam (Masjid al-Ghufran, Singapura).

- Advertisement / Iklan -

Tenaga pengajar UPSI dan Penasihat Persatuan Tahfiz, Ah-Luqman Al-Hakim Che’ Zahari, turut diberi tanggungjawab sebagai imam di Masjid Dar al-Iman dan Malaysian Hall Sydney, Australia, memperkukuh penglibatan UPSI di peringkat global.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja membanggakan UPSI, tetapi juga menunjukkan keupayaan universiti dalam melahirkan graduan holistik yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah, dan nilai Islam,” kata Md Amin.

- Advertisement / Iklan -

Sementara itu, UPSI sedang membina Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (-Furqan) di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Tanjong Malim, yang menggabungkan sistem pondok tradisional dan pendidikan arus perdana untuk melahirkan penghafal al-Quran berpotensi tinggi.