Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ialah universiti swasta milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

UNITEN ditubuhkan pada tahun 1997, berasaskan evolusi daripada Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional (IKATAN) yang sebelum itu berfungsi sebagai pusat latihan teknikal TNB. Penubuhannya bertujuan melahirkan tenaga profesional khususnya dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan pengurusan berkaitan industri tenaga.

Kini, UNITEN dikenali sebagai universiti swasta yang kukuh dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan perniagaan, dengan penekanan kepada pembelajaran berorientasikan industri.

Lokasi Kampus

- Advertisement / Iklan -

UNITEN mempunyai dua kampus utama:

* Kampus Putrajaya di Putrajaya (kampus utama)

- Advertisement / Iklan -

* Kampus Sultan Haji Ahmad Shah di Muadzam Shah

Bilangan Fakulti di UNITEN

UNITEN mempunyai 3 kolej utama (college) yang merangkumi beberapa fakulti dan pusat pengajian:

1. College of Engineering (COE)

2. College of Computing & Informatics (CCI)

3. College of Business Management & Accounting (COBA)

Di bawah kolej-kolej ini terdapat pelbagai jabatan dan program akademik.