Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan antara universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia. Ia bermula sebagai School of Agriculture Malaya pada tahun 1931 di Serdang.

Pada tahun 1971, institusi ini dinaik taraf menjadi Universiti Pertanian Malaysia, selaras dengan fokusnya dalam bidang pertanian dan agroindustri.

Pada 3 April 1997, namanya ditukar kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mencerminkan peluasan bidang pengajian meliputi sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan, ekonomi dan pelbagai disiplin lain.

Kini, UPM diiktiraf sebagai universiti penyelidikan (Research University) dan terkenal dalam bidang pertanian, sains hayat dan bioteknologi di peringkat antarabangsa.

- Advertisement / Iklan -

UPM mempunyai dua kampus utama:

* Kampus Induk di Serdang

- Advertisement / Iklan -

* Kampus Bintulu di Bintulu

UPM mempunyai 15 fakulti utama, termasuk satu fakulti di Kampus Bintulu. 

1. Fakulti Pertanian

2. Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

3. Fakulti Perubatan Veterinar

4. Fakulti Kejuruteraan

5. Fakulti Sains

6. Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

7. Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

8. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

9. Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina

10. Fakulti Pengajian Pendidikan

11. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

12. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

13. Fakulti Ekologi Manusia

14. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

15. Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (Kampus Bintulu)