Seramai 509 graduan Kumpulan Kolej MSU (MSUC) diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-29 yang berlangsung dalam di Dewan Canselor, Management and Science University (MSU).

Daripada jumlah itu, 267 graduan adalah lepasan diploma manakala 242 graduan peringkat sijil.

Majlis disempurnakan oleh Presiden dan Pengasas MSU dan MSU College, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid, bersama Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid serta barisan pengurusan kanan MSU dan Kumpulan Kolej MSU.

Pada majlis berkenaan, enam graduan turut menerima pengiktirafan khas merangkumi tiga kategori kecemerlangan yang menilai pencapaian akademik dan kemahiran insaniah.

- Advertisement / Iklan -

Graduan Diploma Pengurusan dari Kolej MSU Sabah, Dayang Izati Mohd Izan, menerima Anugerah Mohd Shukri Yajid manakala, empat graduan lain masing-masing menerima Anugerah Akademik iaitu Tengku Noratiqaf Ab. Raseb (Diploma Pengurusan, Kolej MSU Terengganu), Muhammad Shahrul A Halim (Diploma Teknologi Maklumat, Kolej MSU Terengganu), Nursalsabila Syafiah Rusmiat Sufian (Diploma Seni Kulinari, Kolej MSU Shah Alam) serta Ahmad Irfan Farhan Ahmad Fadhlan (Sijil Fotografi Digital, Kolej MSU Shah Alam).

Sementara itu, Anugerah Industri diberikan kepada Muhammad Afif Zulkifli, graduan Diploma Reka Bentuk Grafik dari Kolej MSU Seremban.

- Advertisement / Iklan -

Sebagai kolej satelit kepada MSU, Kumpulan Kolej MSU komited menyediakan akses pendidikan menyeluruh dengan penekanan kepada Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan graduan yang kompeten dan versatil.

Kerjasama strategik MSU bersama lebih 3,000 rakan industri menerusi University Industry Advisory Panel (UIAP) turut memastikan program akademik dan TVET yang ditawarkan kekal relevan serta selari dengan keperluan semasa industri.

Lima kluster TVET meliputi Hospitaliti dan Pelancongan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Kecerdasan Buatan, Keselamatan Siber dan Permainan, Perniagaan dan Pengurusan serta Pendidikan dan Sains Sosial, MSU menawarkan program berimpak tinggi termasuk Teknologi Kardiovaskular, Kejuruteraan, Kejururawatan dan Penyelenggaraan Pesawat.

Inisiatif berkenaan memberi impak positif kepada landskap pendidikan tinggi negara, khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan industri melalui elemen jaminan pekerjaan serta padanan kerjaya.

Menerusi 10 kampus dan satu pusat pembelajaran, Kumpulan Kolej MSU juga berperanan sebagai pusat penilaian APEL kepada MSU dengan menawarkan program ijazah sarjana muda secara pembelajaran fleksibel melalui mod bersemuka, hibrid dan dalam talian.

Pengiktirafan penarafan lima dan enam bintang yang diterima Kumpulan Kolej MSU melalui Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.