UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Radzi Ariffin, 53, yang disahkan meninggal dunia pada awal pagi hari ini di Arena Bowling UPSI.

Menurut kenyataan, Allahyarham merupakan pekerja sebuah syarikat swasta yang beroperasi di fasiliti berkenaan.

UPSI memaklumkan pihaknya akan membantu waris dalam urusan pengurusan jenazah selepas proses bedah siasat selesai.

Al-Fatihah buat Allahyarham dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.

- Advertisement / Iklan -