Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang ditubuhkan pada tahun 1980 di Terengganu.
Pada tahun 2006, KUSZA dinaik taraf menjadi universiti awam dan dinamakan semula sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Kemudian pada 2010, ia dijenamakan semula sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
UniSZA terkenal dengan gabungan bidang pengajian Islam, perubatan, sains kesihatan, perniagaan dan sains sosial.
Lokasi Kampus
- UniSZA mempunyai beberapa kampus utama di Terengganu:
- Kampus Gong Badak – Kuala Nerus
- Kampus Kota – Kuala Terengganu
- Kampus Perubatan – Kuala Terengganu
Bilangan Fakulti
1. Fakulti Perubatan
2. Fakulti Sains Kesihatan
3. Fakulti Farmasi
4. Fakulti Bio Sumber & Industri Makanan
5. Fakulti Perniagaan & Pengurusan
6. Fakulti Informatik & Komputeran
7. Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa
8. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
9. Fakulti Bahasa & Komunikasi